CARA DAFTAR DIREKTORI AKRAB

STEP 1

Buka applikasi browser (safari, chrome, firefox, dll.) dan masukkan link direktori.biz.my di ruangan web url browser anda atau anda boleh terus klik DISINI

STEP 2

Anda akan terus dibawa ke homepage direktori.biz.my. Selepas itu klik pada butang DAFTAR AKAUN

STEP 3

Pilih satu kategori yang paling tepat dengan anda.

STEP 4

Isikan semua ruangan tertera. Ruangan kata laluan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 8 karakter minimum.

STEP 5

Setelah selesai mengisi semua ruangan tertera, sila tekan butang DAFTAR AKAUN. Jika anda tidak dapat tekan butang tersebut, sila semak ruangan yang bertanda merah dan perbetulkan jawapan anda

STEP 6

Kini anda berada di halaman dashboard utama. Halaman dashboard ini memaparkan semua borang yang anda perlu isi dan kemaskini beserta dengan sebarang notis daripada kami.

Sila scroll ke bawah dan isi borang Maklumat Diri & Pendidikan.

Sila pastikan anda tick semua tahap pendidikan / sijil yang anda ada.

Ruangan untuk anda masukkan maklumat pendidikan yang anda telah tick akan muncul secara automatik di bawah.

STEP 7

Mohon cuba isi / upload dahulu semua ruangan tertera dengan jawapan yang anda ingat / rasa. Jangan risau, setelah borang ini di submit, anda boleh edit borang ini pada bila-bila masa dengan login kembali ke website direktori.biz.my

Di bahagian bawah sekali anda perlu lampirkan salinan Kad Pengenalan (format PDF / gambar) dan gambar selfie formal anda.

Kad pengenalan dan gambar anda akan digunakan untuk verifikasi identiti anda dan semakan status lepasan GIATMARA.


STEP 9

Selepas anda hantar borang Maklumat Diri & Pendidikan, anda akan terus dibawa ke borang Maklumat Pekerjaan & Perniagaan.

Disini anda isi semua maklumat diminta. Pastikan anda pilih status pekerjaan yang paling tepat dengan anda.

Maklumat diborang ini anda perlu kemaskini sekurang-kurangnya 3 bulan sekali terutama sekali jika anda berniaga.

STEP 10

Jika anda berniaga, anda perlu ke klik ke borang Maklumat Lokasi Perniagaan dan isikan semua maklumat yang diminta.

Nama perniagaan anda hanya akan muncul berdasarkan jawapan anda dalam borang Maklumat Pekerjaan & Perniagaan yang anda isi sebelum ini.

Jika anda ada lebih daripada satu lokasi / premis perniagaan, anda boleh submit lagi borang yang baru.

STEP 11

Akhir sekali, anda boleh semak semula senarai perniagaan yang telah anda hantar dengan klik pada butang Senarai Lokasi Perniagaan Anda.

Senarai perniagaan ini akan dipamerkan kepada umum sebagai salah satu promosi daripada pihak kami.